Saturday 28 December 2013

cukup sampai disini

Assalamualaikum..setelah sekian lama diri ini tak menaip..hari ini aku kembali menaip utk meluahkan apa yang terbuku dihati..setelah 6 bulan kami kembali bersama..pada tarikh 24/12/2013..segalanya telah berakhir..dia pergi meninggalkan diri ini..dia pergi utk mencari kebahagiaan diri dia..dia pergi dan memilih orang lain yg terbaik utk diri dia..walaupun diri ini terluka dan terpaksa menanggung derita..ku lepaskan kau pergi kerana itu yg kau mahu..memang kau layak utk mendapat yg terbaik..bukan seperti diri ini yang hanya mampu buat kau bersedih..aku redha dan pasrah dengan apa yg berlaku..

Dulu aku pergi meninggalkan kau kerana dia..dan sekarang kau pergi meninggalkan aku juga kerana dia..betul la karma itu ada..and you get what you give..dulu kau berkorban demi melihat aku bahagia..sekarang tiba masanya utk aku melakukan perkara tu demi melihat kebahagiaan kau..aku cuma mampu menumpang gembira tatkala melihat diri kau tersenyum bahagia bersama dirinya..walaupun aku cemburu melihatnya..namun apakan daya..itu pilihan kau..dan mahu atau tidak..aku terpaksa menerimanya walaupun sakit dan pedih utk ku terima..

Cuma satu pesan aku utk kau..jangan kau seksa diri sendiri demi membuatkan orang gembira..jika benci katakan benci..walaupun setelah apa yg kau lakukan..aku tak pernah membenci diri kau..aku doakan kau sentiasa bahagia bersama dirinya..

Semoga kau menjadi bintang buat diri si dia..tapi kau sentiasa menjadi bintang aku..walaupun jauh dan tidak kelihatan..tapi kau tetap ada..kenangan kau akan abadi bersama hati aku..kerana cinta itu bukan sekadar ucapan..tetapi haruslah disertai dengan pengorbanan..menyintai dan dicintai merupakan anugerah terindah dari Allah..but the hard thing to do is see someone we love fall in love with someone else..

Nur Haziqah binti Mohd Hatta..dalam menyintai,jangan jadi yg terbaik..tapi jadilah yg paling ikhlas..kerana menjadi yg terbaik memaksa kita utk berpura-pura..tp menjadi yg paling ikhlas mengajar kita untuk bersederhana..

Hidup kita ni ada dua pilihan..memilih dan dipilih..jika memilih..pilih nya yg terbaik utk diri kita..yg boleh membimbing kita..dan jika dipilih..jadilah yg terbaik utk dirinya..lihatlah seseorang itu dari hati dan sifatnya..bukan fizikal nya..kerana dalam berkasih tak perlu cari yang sempurna..cukup sekadar gembira dan bahagia..hadir dirinya sebagai pelengkap jiwa..redha ilahi tunjang utama..

Lastly..bila kita dah terima cinta seseorang..kita juga perlu bersedia untuk menerima rasa sakit hati,terluka,kecewa dan erti kehilangannya..kerana mungkin yg pergi itu cinta..tp yg akan datang nnt itu jodoh..mungkin hari ni kita kehilangan orang yg kita cinta..tp nnt akan datang orang yg menyintai kita..belajarlah utk kembali senyum apabila menghadapi musibah..kerana senyuman itu dapat meningkatkan kekuatan utk terus melangkah ke hadapan..