Saturday 28 December 2013

cukup sampai disini

Assalamualaikum..setelah sekian lama diri ini tak menaip..hari ini aku kembali menaip utk meluahkan apa yang terbuku dihati..setelah 6 bulan kami kembali bersama..pada tarikh 24/12/2013..segalanya telah berakhir..dia pergi meninggalkan diri ini..dia pergi utk mencari kebahagiaan diri dia..dia pergi dan memilih orang lain yg terbaik utk diri dia..walaupun diri ini terluka dan terpaksa menanggung derita..ku lepaskan kau pergi kerana itu yg kau mahu..memang kau layak utk mendapat yg terbaik..bukan seperti diri ini yang hanya mampu buat kau bersedih..aku redha dan pasrah dengan apa yg berlaku..

Dulu aku pergi meninggalkan kau kerana dia..dan sekarang kau pergi meninggalkan aku juga kerana dia..betul la karma itu ada..and you get what you give..dulu kau berkorban demi melihat aku bahagia..sekarang tiba masanya utk aku melakukan perkara tu demi melihat kebahagiaan kau..aku cuma mampu menumpang gembira tatkala melihat diri kau tersenyum bahagia bersama dirinya..walaupun aku cemburu melihatnya..namun apakan daya..itu pilihan kau..dan mahu atau tidak..aku terpaksa menerimanya walaupun sakit dan pedih utk ku terima..

Cuma satu pesan aku utk kau..jangan kau seksa diri sendiri demi membuatkan orang gembira..jika benci katakan benci..walaupun setelah apa yg kau lakukan..aku tak pernah membenci diri kau..aku doakan kau sentiasa bahagia bersama dirinya..

Semoga kau menjadi bintang buat diri si dia..tapi kau sentiasa menjadi bintang aku..walaupun jauh dan tidak kelihatan..tapi kau tetap ada..kenangan kau akan abadi bersama hati aku..kerana cinta itu bukan sekadar ucapan..tetapi haruslah disertai dengan pengorbanan..menyintai dan dicintai merupakan anugerah terindah dari Allah..but the hard thing to do is see someone we love fall in love with someone else..

Nur Haziqah binti Mohd Hatta..dalam menyintai,jangan jadi yg terbaik..tapi jadilah yg paling ikhlas..kerana menjadi yg terbaik memaksa kita utk berpura-pura..tp menjadi yg paling ikhlas mengajar kita untuk bersederhana..

Hidup kita ni ada dua pilihan..memilih dan dipilih..jika memilih..pilih nya yg terbaik utk diri kita..yg boleh membimbing kita..dan jika dipilih..jadilah yg terbaik utk dirinya..lihatlah seseorang itu dari hati dan sifatnya..bukan fizikal nya..kerana dalam berkasih tak perlu cari yang sempurna..cukup sekadar gembira dan bahagia..hadir dirinya sebagai pelengkap jiwa..redha ilahi tunjang utama..

Lastly..bila kita dah terima cinta seseorang..kita juga perlu bersedia untuk menerima rasa sakit hati,terluka,kecewa dan erti kehilangannya..kerana mungkin yg pergi itu cinta..tp yg akan datang nnt itu jodoh..mungkin hari ni kita kehilangan orang yg kita cinta..tp nnt akan datang orang yg menyintai kita..belajarlah utk kembali senyum apabila menghadapi musibah..kerana senyuman itu dapat meningkatkan kekuatan utk terus melangkah ke hadapan..

Saturday 27 April 2013

dia yang ku sayang

assalamualaikum..malam ni terasa sunyi sekali..hampir seminggu..aku cuba ketepikan perasaan ni..terus terang aku tak boleh nak terus lindung yang aku memang kecil hati bila dia seperti menjauhkan diri..tapi aku tetap fikir positif..tapi bila dia terus camtu..apa lagi yang boleh aku lakukan..berdiam diri lebih baik dari berkata-kata..

mungkin aku bukan seperti yang kau impikan,bukan seperti apa yang kau harapkan..tiada apa yang boleh kau banggakan pada diri aku..diriku ini hanya beban pada kau..bukan yang terbaik yang engkau inginkan..

sometime..we need to broke our heart to make a person we love happy..we need to sacrifice ourself..people said love need a sacrifice..and it was right..


Wednesday 3 April 2013

scared

assalamualaikum..hye readers..apa khabar semua?harap you all dalam keadaan yang sihat walafiat..tengah duk mengelamun sorang2..then i got an idea untuk menulis malam neh..so tak perlu la mukadimah panjang2..kita terus ke cerita nya okay.. :)

okay..takut?apa yang aku takut kan ni..hurmm..actually aku takut untuk jatuh cinta lagi..for the first time..aku single untuk satu tempoh waktu yang agak lama..sebab nya aku takut untuk kehilangan lagi..selepas perpisahan aku dengan dia..aku lebih banyak berdiam diri..aku takut untuk sayang orang lagi..sebab aku tak nak lukakan hati orang lagi..tak nak menyusahkan orang lagi..sebelum ni pun, kalau ada apa2 masalah..aku la punca nya..even sometime bukan salah aku..aku tetap dipersalahkan..tapi aku redha dan terima..sebab aku sedar, maybe berpunca dari kelemahan aku gak..so sebab tu..aku jadi takut untuk sayang orang..even sayang pun..aku akan simpan je..aku takut nak luah kan..sebab aku tak nak perkara yang sama berulang..da la aku ni tak pandai nak jaga hati orang..malang betul siapa yang dapat aku..

but baru2 ni..aku dah jatuh hati pada seseorang..dan terus terang aku cakap..aku sayangkan dia..but in the same time..aku takut untuk sayang dia..aku da pun berterus terang pada dia..sama ada dia terima or tak..itu terpulang la..aku faham kalau dia tak terima pun..sebab aku sedar aku ni insan yang punyai berjuta kelemahan..aku akan terima kalau dia tak terima aku..sebab aku tak boleh nak paksa dia untuk sayangkan aku..she deserve better a man better than me..aku cuma boleh berdoa agar dia bahagia dan gembira dengan orang yang dia sayang.. :)

apa2 pun..aku akan tetap tersenyum biar terpaksa dan buat semua orang happy selagi aku mampu dan dalam masa yang sama..hati aku menangis..sebab aku akan puas bila tengok kawan2 aku, orang yang aku sayang happy dan bahagia..cukup la sekadar menumpang kegembiraan orang lain..sebab aku yakin..Allah akan sentiasa ada dengan aku..semoga kau berbahagia sayang..akan ku doakan mu dari jauh.. ^_^

Sunday 31 March 2013

negative thinking

assalamualaikum readers..after satu tempoh yang amat lama aku tak update post..now malam ni terasa seperti ingin menulis..da baca kan tajuk post kali ni negative thinking..post ni sebenar nya tentang satu dari beribu kelemahan pada diri aku ni..honestly aku cakap..aku seorang yang selalu cepat fikir negatif..senang sangat down..aku cepat sangat sensitif..silap cakap sikit je..aku akan sentap..time aku tulis post ni pun aku dalam keadaan yang tengah emo..tak tahu kenapa..maybe sebab aku rasa aku tak layak untuk dia..dia layan aku dengan baik..tapi aku tak pernah hargai..sebenar nya aku berubah jadi camni sebab kisah silam aku..selepas beberapa kehilangan orang yang aku sayang..aku jadi seorang yang boleh dikatakan 'loser'..mudah down..and aku akan selalu salahkan diri aku..sebab aku tahu..aku kehilangan orang2 yang aku sayang disebab kan diatas kesilapan aku sendiri..terus terang aku bukan jenis yang tahu jaga hati orang..bukan jenis yang tahu hargai hati seseorang..so pada sesiapa yang ingin sayangkan diri aku ni..better korang fikir baik2 dulu..sebab aku tak nak korang menyesal kemudian hari nanti..okay la..cukup la setakat ni aku rasa..tulis panjang2 nanti..korang plak yang menyampah nak baca..haha..semoga bertemu lagi nanti kita ya..

aku bukan yang terbaik untuk sesiapa..aku cuma insan biasa yang mempunyai beribu kelemahan..aku memohon sejuta kemaafan pada semua orang andai aku pernah melukakan atau menyakitkan korang semua.. :'(






sincerely , me

Wednesday 13 March 2013

Ketika Rindu Terpisah Oleh Jarak dan Waktu


Ketika engkau begitu merindukan seseorang yang sangat engkau sayangi namun dia jauh disana...

Rindukanlah dia dalam setiap do'amu...!!!
Rindukanlah dia dalam setiap sujudmu...!!!
Pintalah agar dia selalu berada di jalan-Nya...!!!
Pintalah agar dia selalu menjaga hatinya...!!!


Ingatlah...
Jarak jauh adalah Ujian sebuah hubungan cinta...
Jarak dekat pun adalah ujian keimanan sebuah hubungan cinta...
Dan menanti dengan penuh ketulusan adalah bukti kesetiaan dan pengorbanan sebuah hubungan cinta...

Sesungguhnya jarak itu bukan bermaksud untuk menghukummu.
Akan tetapi untuk menjaga dirimu dengannya. Menjaga kefitrahannya.

Bersabarlah hingga suatu saat waktunya akan tiba.
Dalam sebuah ikatan yang dilindungi redhaNya.

Maka bertahanlah...
Dalam sebuah penantian penuh dengan keikhlasan...!!!
Dalam sebuah penantian penuh dengan ketulusan...!!!
Dalam menjemput hubungan yang benar² dihalalkan...!!!





Saturday 2 March 2013

I'm back





Assalamualaikum..

Setelah sekian lama menyepi dari dunia blog..kini aku kembali..fuhhh..tiup segala habuk kat blog neh dulu..haha..first of all..aku nak berterima kasih yg tak terhingga pada Nur Fathihah binti Hassan kerana telah membantu mendesign balik blog aku neh..nice job cik Teha..hehe..lama sangat tak berblogging neh..sampai nak edit apa semua pun tak reti..nasib baik cik Teha dengan sukarela menawarkan diri untuk membantu design balik blog neh..ikut hati memang nak biar je..hahaha..thanks again.. :)

Now nak story tentang apa yg berlaku hari ni..haaa..pagi tadi..semua student semester 5 dan semester 6 terlibat dengan Larian Amal Politeknik Kasih..nama pelik semacam je kan..hahaha..nama je larian amal..padahal masing2 berjalan je..dengan kaki terkehel aku pergi gak..haha..even panas tapi agak seronok melayan kepala masing-2..itu antara event-2 terakhir aku di poli ni..sebab lepas ni aku praktikal da..so tak balik poli da..gonna miss all moment here when I graduate in future..okay la..tak nak cerita panjang..kang makin aku merepek..so biar gambar yang berbicara.. :)



actually we forced to do..haha.. XD


                                                                                       orang gotong-royong kami relax..haha






maafla ye jika post ini membosankan..maklum la..da lama tak menulis.. :)


Friday 28 September 2012

anugerah

Assalamualaikum..alhamdulillah..malam ni aku diberi idea untuk menulis..malam ni aku ingin menulis satu post tentang anugerah..iaitu anugerah perasaan kasih dan sayang..actually idea ni muncul lepas aku menonton cerita Salam Cinta lakonan Diana Amir..satu cerita yang bagus..jalan cerita nya menarik..dan buat aku berfikir..benar apa yang dikatakan..setiap masalah dan dugaan yang diberi oleh Allah itu, pasti ada hikmah di akhir nya..selama ini..aku terlalu sibuk mencari siapakah yang bakal menjadi makmum ku suatu hari nanti..hingga aku lalai dan terlupa pada Dia..subhanAllah..sudah terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan..tetapi Allah itu maha penyayang..walau aku sering melupakan Dia, tapi Dia tidak pernah melupakan aku..setiap dugaan yang diberi itu untuk membuatkan kita rapat dengan Dia sebenar nya..aku pernah terbaca satu ayat..Allah menguji seseorang itu kerana Dia merindui doa dari orang tersebut..masyaAllah..Dia itu maha pengasih lagi maha penyayang..kadangkala kita bersungut kerana kita tidak diberi apa yang kita minta walhal kita telah bermohon padaNya..tapi kita silap..Allah itu maha mengetahui..Dia tahu apa yang terbaik buat kita..benar lah..setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya..Dia yang memberi perasaan kasih dan sayang buat kita..tetapi kita..sering melupakan Dia..

cukup lah sampai disini penulisan aku buat setakat ini..apa yang aku tulis ini..bukan la ditujukan pada sesiapa..tetapi untuk diri aku sendiri yang telah lalai dengan apa yang diberi oleh Nya selama ini..ampunilah aku ya Allah..Kau bukakan lah pintu hatiku ini..Kau bukakan lah pintu taubat ku..Kau berikan lah aku hidayah dan rahmat mu ya Allah..sesungguhnya selama ini aku telah banyak melakukan dosa terhadap mu ya Rabb..amin ya rabbal alamin.. :)

 cinta itu adalah hadiah dari Allah S.W.T..layakkah hadiah yang diberi lebih dicintai dari pemberinya? 

assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca..sesungguh nya yang baik itu datang nya dari Allah..dan yang lemah itu datang nya dari diri aku sendiri.. :)